Tuesday, November 30, 2010

SAMBUTAN KEBERANGKATAN PULANG SULTAN MUHAMMAD KE-V KE KELANTAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, yang di dalam keberangkatan pulang melalui jalan darat ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dijangka akan tiba di Masjid Mahligai, Bachok, menjelang waktu solat Asar hari Selasa, 30 November 2010.

Keberangkatan pulang buat kali pertama Sultan Muhammad Ke-V ke Kelantan setelah kembali dari menunaikan fardhu haji di Mekah ini dijangka akan disambut oleh rakyat dari kawasan berdekatan yang akan menunaikan solat Asar bersama-sama Baginda di masjid itu.